Senarai Buku
Tutup

Perjanjian Lama

Perjanjian Baru

Mazmur 36

A A A
Alkitab Versi Borneo

Untuk pemimpin muzik. Mazmur Daud, hamba TUHAN. 1ASatu nubuat dalam hatiku

tentang keingkaran orang zalim:

rasa takut terhadap Allah tiada di jiwanya.

2Kerana dia memuliakan dirinya dalam pandangannya sehingga dia tidak tahu keingkarannya dan berasa kebencian.

3Kata-kata daripada mulutnya zalim dan dusta;

dia tidak lagi bijaksana dan berbuat baik.

4Dia merancang kejahatan

di tempat tidurnya;

dia mengikut jalan

yang tidak baik,

dia tidak membenci kejahatan.

5Kasih-Mu, ya TUHAN, menjangkau langit,

kesetiaan-Mu mencecah awan.

6Perbenaran-Mui setinggi gunung,

penghakiman-Mu sedalam lautan.

Ya TUHAN, Engkau melindungi manusia dan haiwan.

7Betapa berharganya kasih setia-Mu, ya Allah!

Oleh itu, anak manusia berlindung di bawah bayangan sayap-Mu.

8Mereka dijamu sehingga puas dari limpahan kurnia rumah-Mu;

dan Kauberi mereka minum dari sungai nikmat-Mu.

9Kerana pada-Mu pancuran hidup;

dalam cahaya-Mu kami melihat cahaya.

10Teruskanlah kasih-Mu kepada mereka yang mengenal-Mu,

dan perbenaran-Mu kepada mereka yang tulus hati.

11Jangan biarkan kaki orang yang angkuh menerajangku,

dan jangan biarkan tangan orang zalim mengusirku.

12Lihatlah, orang yang melakukan kejahatan telah jatuh –

mereka telah digulingkan dan tidak berdaya bangkit lagi!